Data anda

Notis Privasi

Notis ini menerangkan cara AINova, sebagai pengendali MathSPM Coach, mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi data peribadi pengguna.

Tarikh kuat kuasa: 10 September 2026

1. Skop notis ini

Notis ini terpakai apabila anda menggunakan laman dan perkhidmatan MathSPM Coach, termasuk sebagai murid, guru, tutor, ibu bapa, penjaga atau wakil institusi. Dengan memberikan data kepada kami, anda mengesahkan bahawa data tersebut adalah tepat dan anda mempunyai kebenaran yang sewajarnya untuk memberikannya.

2. Data yang kami kumpul

Bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan, kami mungkin mengumpul:

3. Tujuan kami menggunakan data

Kami menggunakan data yang relevan untuk:

4. Asas dan pilihan anda

Kami memproses data berdasarkan persetujuan, keperluan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta, kepentingan sah dalam mengendalikan perkhidmatan dengan selamat, dan/atau kewajipan undang-undang yang terpakai. Jika maklumat tertentu wajib untuk membuka akaun atau menggunakan ciri, kegagalan memberikannya mungkin mengehadkan akses anda.

5. Penedahan kepada pihak lain

Kami tidak menjual data peribadi anda. Kami mungkin berkongsi data yang diperlukan sahaja dengan:

Penyedia mungkin memproses data di Malaysia atau negara lain. Jika pemindahan rentas sempadan berlaku, kami akan mengambil langkah munasabah untuk memastikan perlindungan yang sesuai.

6. Data murid dan pengguna bawah umur

Pengguna bawah umur hendaklah menggunakan MathSPM Coach dengan pengetahuan dan kebenaran ibu bapa, penjaga, guru atau institusi yang bertanggungjawab, mengikut keadaan. Jangan masukkan data sensitif atau maklumat peribadi yang tidak diperlukan ke dalam nama kelas, mesej atau ruangan lain. Guru dan institusi bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai kebenaran yang diperlukan untuk mendaftarkan atau mengurus data murid.

Ciri papan jalan kerja membantu murid menulis pengiraan pada peranti. Ciri ini tidak membaca atau menilai tulisan tangan secara automatik. Penghantaran kepada guru berlaku hanya selepas murid memilih kelas dan menekan butang pengesahan. Murid hendaklah menaip serta menyemak semua nilai sebelum menghantar jawapan, dan guru kekal sebagai pihak yang menentukan markah rasmi.

7. Keselamatan

Kami menggunakan langkah teknikal dan organisasi yang munasabah untuk mengurangkan risiko kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, perubahan atau penedahan data. Walau bagaimanapun, tiada sistem dalam talian boleh dijamin selamat sepenuhnya. Simpan kata laluan anda secara sulit dan maklumkan kami jika anda mengesyaki akaun telah disalahgunakan.

8. Tempoh penyimpanan

Kami menyimpan data hanya selama yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan, memenuhi tujuang yang dinyatakan, menyelesaikan pertikaian, menguatkuasakan perjanjian atau mematphi undang-undang. Ini termasuk hakaran yang dihantar kepada guru, markah manual, maklum balas, rekod transaksi dan bukti pembayaran. Data yang tidak lagi diperlukan akan dipadam, dinyahpengenalan atau dilupuskan dengan kaedah yang munasabah.

9. Hak anda

Tertakluk pada undang-undang dan pengecualian yang berkaitan, anda boleh meminta untuk:

Sesetengah permintaan mungkin memerlukan pengesahan identiti. Penarikan persetujuan atau pemadaman data tertentu boleh menyebabkan sebahagian perkhidmatan tidak lagi dapat diberikan.

10. Kuki dan storan pelayar

Kami boleh menggunakan kuki atau storan pelayar yang perlu untuk mengekalkan sesi log masuk, pilihan pengguna, lakaran papan jalan kerja dan keselamatan. Jika alat analitik bukan keperluan digunakan pada masa hadapan, notis dan pilihan yang sesuai akan diberikan.

11. Perubahan notis

Kami boleh mengemas kini notis ini apabila ciri, penyedia atau undang-undang berubah. Tarikh kuat kuasa akan dikemas kini dan perubahan penting akan dimaklumkan melalui laman atau saluran yang munasabah.

12. Hubungi kami

Untuk permintaan berkaitan privasi, akses, pembetulan atau pemadaman, hubungi kami melalui saluran rasmi AINova. Sila nyatakan bahawa permintaan anda berkaitan MathSPM Coach.

Rujukan Malaysia: Notis ini disusun dengan mengambil kira Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) serta prinsip perlindungan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi.