Panduan pengguna

Mula menggunakan MathSPM Coach

Ikuti langkah mengikut peranan anda. Gunakan alamat e-mel yang sama setiap kali supaya kemajuan dan kelas kekal pada akaun yang betul.

Buka aplikasi

Untuk guru

  1. Daftar atau log masuk sebagai Guru.
  2. Buka Profil, cipta kelas dan salin kod kelas enam aksara.
  3. Berikan kod itu hanya kepada murid kelas anda.
  4. Pilih Cipta / Lihat Tugasan untuk menerbitkan latihan.
  5. Pilih Lihat Kemajuan Kelas untuk menyemak pencapaian dan jalan kerja murid.

Untuk murid

  1. Daftar atau log masuk sebagai Murid.
  2. Buka Profil dan masukkan kod kelas yang diberikan guru.
  3. Pilih Kelas & Tugasan Saya, kemudian mulakan tugasan.
  4. Taip jawapan dalam medan jawapan. Gunakan kalkulator dan papan jalan kerja jika diperlukan.
  5. Jika anda menghantar papan jalan kerja, pilih kelas yang betul sebelum menekan butang hantar kepada guru.

Pasang pada iPhone atau iPad

  1. Buka ainova.com.my/mathspm menggunakan Safari.
  2. Tekan ikon Kongsi.
  3. Pilih Tambah ke Skrin Utama, kemudian tekan Tambah.

Masalah log masuk

Pastikan e-mel telah disahkan. Jika terlupa kata laluan, pilih Lupa kata laluan pada skrin log masuk dan gunakan pautan paling baharu yang dihantar melalui e-mel. Pautan lama mungkin telah tamat tempoh.

Perlukan bantuan lanjut?

E-mel info@ainova.com.my dan nyatakan nama, peranan (guru atau murid), jenis peranti, serta mesej ralat yang kelihatan. Jangan hantar kata laluan anda.